50 KANAK-KANAK SEKOLAH DIRAIKAN DALAM PROGRAM 'BACK TO SCHOOL' EDISI 1



13 NOVEMBER 2015 | Parti Amanah Negara Cawangan Merlimau, Jasin telah menyumbangkan kelengkapan sekolah kepada 50 pelajar Sekolah Rendah Agama Rakyat di bandar MITC Melaka.

Pelajar-pelajar tersebut telah dibawa ke Pasaraya Mydin dan Pasaraya Hari-Hari untuk mereka memilih sendiri beg dan kasut mereka sebagai persiapan awal untuk mereka kembali ke sekolah pada tahun hadapan.

Program 'BACK TO SCHOOL' yang diadakan ini merupakan siri yang pertama dan siri yang kedua akan diadakan pula pada bulan Disember ini dengan membawa lagi 50 orang pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan persekolahan mereka.

Parti Amanah Negara Cawangan Merlimau juga turut menyumbangkan sepasang pakaian seragam sekolah kepada 100 orang pelajar miskin di sekitar kawasan Merlimau dalam program BACK TO SCHOOL ini.

Pengerusi Parti Amanah Melaka, Sdra Adly Zahari turut bersama-sama meraikan pelajar-pelajar tersebut dan beliau turut berpesan kepada mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


Setiausaha Amanah Melaka, Tn Hj Yuhaizat membantu memilih saiz kasut sekolah

Ketua Cawangan AMANAH Merlimau, Ust Mohd Nor Ismail sibuk menanda kasut-kasut yang telah dibeli.


Pengerusi AMANAH Melaka, Sdra Adly sempat berselfie.







 




Previous
Next Post »

Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon