Sidang Anak Muda Melaka menyeru anak muda Malaysia menggagaskan
politik baharu yang berasaskan ilmu dan semangat ke arah kebaikan
bukannya politik yang berdasarkan emosi, menghukum dan ekslusif.
Pimpinan pemuda parti-parti politik dan NGO dalam sidang anak muda Melaka kelmarin sepakat bahawa peranan anak muda mesti diperkasakan dan mereka perlu berani menyatakan kebenaran dan menerangkan kepada rakyat mengenai segala isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Anak muda juga menurut mereka perlu memberikan cadangan-cadangan alternatif bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di negara kita.
Ketua Pemuda Amanah Nasional Melaka, Zulkhairi Abdul Aziz berkata sidang yang pertama kali diadakan itu bagi menyediakan platform untuk anak muda mengemukakan pandangan mengenai hala tuju, harapan dan isu semasa berkaitan politik, ekonomi dan sosial khususnya yang bersangkutan dengan kehidupan anak muda di negeri Melaka dan negara Malaysia.
"Sidang Anak Muda dilihat berjaya mencapai objektifnya di mana rata-rata para panelis telah memberikan saranan dan pandangan yang bernas dan sesuai dengan aspirasi anak muda Malaysia sekarang.
"Program ini akan dianjurkan dari masa ke semasa mengikut keadaan semasa kerana ianya jelas berjaya membangkitkan semangat dan keyakinan anak muda untuk mendepani cabaran semasa di negara kita yang kian terdesak," katanya.
Sidang tersebut berjaya menarik minat 17 badan bukan kerajaan (NGO) dan pemerhati yang terdiri dari anak-anak muda yang tidak mewakili mana-mana pihak.
Antara NGO yang mengambil bahagian dan menghantar wakil-wakil mereka ialah Angkatan Belia Islam (ABIM), IKRAM, Pemuda Al Amin, Akademi Ibnu Abbas, Orange Army, Pertubuhan Usahawan Muda, Mahasiswa dan lain-lain. Manakala parti-parti politik yang menghantar wakil ialah Pemuda Amanah Nasional, Pemuda Amanah Melaka, Pemuda DAP (DAPSY), Angkatan Muda KeADILan (AMK), dan Wanita Muda AMANAH Melaka.
Pemuda Amanah Nasional diwakili oleh timbalan ketuanya, Faiz Fadzil, DAPSY Melaka diwakili oleh Damian Yeo manakala AMK diwakili oleh Farhan Ibrahim.
Pada akhir sidang tersebut 19 resolusi dipersetujui iaitu:
1) Menginstitusikan suara anak muda di parlimen dengan menambah baik peranan Parlimen Belia di mana satu kerusi khas perlu diberikan khusus untuk anak muda menyuarakan pandangan dan suara mereka.
2) Perlunya ada satu platform untuk memberikan kefahaman kepada anak muda mengenai isu-isu semasa yang melibatkan negara dan anak muda. Media perlu dibebaskan.
3) Pendidikan politik anak muda perlu diperkasakan seperti mewujudkan sekolah demokrasi dari peringkat awal lagi untuk membolehkan anak muda lebih memahami peranan politik di negara ini.
4) Mewujudkan kesedaran di kalangan anak muda bahawa isu-isu yang berkaitan urus tadbir yang baik dan bersih adalah satu tuntutan syariat.
5) Parti-parti politik perlu membawa satu politik baru iaitu politik yang berlandaskan ilmu dan semangat ke arah kebaikan.
6) Jangan kita terlibat dalam pertelingkahan pemimpin atasan tetapi perlu terlibat mencari jalan untuk mendamaikan dan mengutamakan perpaduan.
7) Mendesak kerajaan negeri Melaka memberikan zakat kepada anak muda kepada yang menghadapi kesukaran memulakan kehidupan seperti hal perkahwinan. Mempelbagaikan kaedah agihan bantuan zakat.
8) Calon-calon belia untuk Parlimen Belia negeri Melaka perlu datang dari pelbagai latar belakang dan pandangan politik. Penglibatan belia perlu lebih menyeluruh. Penerangan perlu dipertingkatkan lagi melalui media perdana dan juga media baru mengenai fungsi dan peranan parlimen belia.
9) Menolak politik bersifat perkauman & ekstrimisme yang cuba mengalih pandangan masyarakat daripada isu-isu besar Negara.
10) Bersetuju untuk menukar kerajaan secara demokrasi dan menolak pertukaran kerajaan secara keganasan. Anak muda perlu menolak sebarang provokasi dan bertindak mengikuti saluran yang betul.
11) Mewujudkan politik 2 hala dengan memperbanyakkan program-program yang bersifat dialog, wacana dan forum.
12) Anak muda perlu lebih dilibatkan dalam poltik mainstream.
13) Isu perpaduan antara kaum mesti diberi perhatian yang lebih besar untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang kukuh.
14) Badan-badan sukarelawan perlu berlumba-lumba dalam melakukan perkara kebaikan dan mengelakkan sebarang permusuhan dalam melaksanakan kerja-kerja amal.
15) Anak muda perlu mengutamakan perbincangan dan semua NGO mestilah bersama untuk memikirkan solusi untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat.
16) Semua pihak perlu mengambil berat isu dan hak yang melibatkan golongan wanita dan gerakan tersebut tidak semestinya mesti dipelopori oleh golongan wanita sahaja.
17) Mendesak SPR mewujudkan pendaftaran automatik pengundi berumur 21 tahun.
18) Semua maklumat yang kita terima hendaklah disahkan benar sebelum kita menyebarkannya.
19) Anak muda menolak GST dan mendesak kerajaan mengambil langkah menurunkan kos sara hidup di negara ini.

![]() |
| Damian Yeo, Ketua Dapsy Melaka |
![]() |
| Ahli Sidang ketawa melihat gelagat moderator yang pandai buat lawak |
![]() |
| Ustaz Musa mewakili Akademi Ibnu Abbas |
![]() |
| Sidang dipengerusikan oleh Sdra Zairi Suboh, NKP 1 Pemuda AMANAH Melaka |
![]() |
| Antara perwakilan yang hadir ke Sidang Anak Muda Melaka 2015 |
![]() |
| Ahli Sidang tekun mendengar hujah Ginnie dari AMK Melaka |
![]() |
| Para perwakilan dan pemerhati di sambut oleh Ketua Pemuda Amanah Melaka, Sdra Zulkhairi Aziz yang berbaju Melayu Merah |

Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon