Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah kerana sepakat menubuhkan gabungan baharu yang diyakini membawa harapan baharu kepada kehidupan rakyat dan negara Malaysia.
Amanah Melaka juga menghormati keputusan kepimpinan tertinggi yang mengarahkan setiap negeri menubuhkan Pakatan Harapan di negeri masing-masing.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Amanah Melaka yang bermesyuarat semalam mengambil pendirian:
Memohon untuk menangguhkan penubuhan Pakatan Harapan di Melaka.
Penangguhan ini dipohon kerana Amanah Melaka ingin mendapatkan kepastian tentang status parti sahabat Pakatan Harapan yang mengadakan kerjasama dengan PAS, dalam masa yang sama parti itu turut mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Amanah Melaka merasakan keputusan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan untuk menjalin kerjasama dengan PAS yang mesra Perkasa perlu diperjelaskan kerana semua rakyat tahu Perkasa adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat perkauman dan mendukung aspirasi Umno dalam perjuangannya. Malah, rata-rata pimpinan Perkasa adalah bekas pemimpin atau masih memegang jawatan di pelbagai peringkat dalam parti tersebut.
Sayugia diingatkan Perkasa banyak menyakitkan hati rakyat Malaysia dengan kenyataan dan tindakan bersifat perkauman melampau, di samping sering kali menyokong dasar pemerintahan Umno/BN yang merugikan rakyat.
Oleh itu, Amanah Melaka mengharapkan kepimpinan Amanah Nasional dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.
* Yuhaizad Abdullah ialah Setiausaha Amanah Melaka.
Amanah Melaka juga menghormati keputusan kepimpinan tertinggi yang mengarahkan setiap negeri menubuhkan Pakatan Harapan di negeri masing-masing.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Amanah Melaka yang bermesyuarat semalam mengambil pendirian:Memohon untuk menangguhkan penubuhan Pakatan Harapan di Melaka.
Penangguhan ini dipohon kerana Amanah Melaka ingin mendapatkan kepastian tentang status parti sahabat Pakatan Harapan yang mengadakan kerjasama dengan PAS, dalam masa yang sama parti itu turut mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Amanah Melaka merasakan keputusan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan untuk menjalin kerjasama dengan PAS yang mesra Perkasa perlu diperjelaskan kerana semua rakyat tahu Perkasa adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat perkauman dan mendukung aspirasi Umno dalam perjuangannya. Malah, rata-rata pimpinan Perkasa adalah bekas pemimpin atau masih memegang jawatan di pelbagai peringkat dalam parti tersebut.
Sayugia diingatkan Perkasa banyak menyakitkan hati rakyat Malaysia dengan kenyataan dan tindakan bersifat perkauman melampau, di samping sering kali menyokong dasar pemerintahan Umno/BN yang merugikan rakyat.
Oleh itu, Amanah Melaka mengharapkan kepimpinan Amanah Nasional dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.
* Yuhaizad Abdullah ialah Setiausaha Amanah Melaka.
Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon