PEMUDA AMANAH MELAKA GESA 'ROYAL COMMISSION' DITUBUHKAN UNTUK SIASAT 1MDB

KENYATAAN MEDIA 
PEMUDA AMANAH MELAKA
15 OKTOBER 2015

1) Pemuda Amanah Negeri Melaka ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka kerana sudi menerima memorandum melalui Pemangku Setiausaha Sulit TYT, Encik Harith yang telah disampaikan oleh Sdra Mohd Zulkhairi Ab Aziz, Ketua Pemuda AMANAH Melaka di Istana Melaka hari ini.

2) Pemuda Amanah Melaka juga berterima kasih di atas pengakuan Encik Harith yang akan menghantar memorandum tersebut ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu untuk tindakan selanjutnya.

3) Untuk makluman semua, memorandum yang kami hantar hari ini adalah bertujuan untuk mendesak agar Dato Seri Najib meletakkan jawatannya sebagai PM dan memohon agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat syarikat 1MDB.

4) Pemuda Amanah Melaka juga telah menyenaraikan 8 sebab utama mengapa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan segera kerana kami & rakyat di negeri ini sudah hilang kepercayaan & keyakinan terhadap cara Dato Seri Najib selaku penasihat syarikat 1MDB menyelesaikan isu 1MDB.

5) Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Tuan Haji Yuhaizad Abdullah (SU AMANAH Melaka), Sdra Johari Osman (Ketua Pengarah ARIF Nasional) Sdra Damian Yeo (Dapsy Melaka) & juga kepimpinan AMANAH Melaka yang lain kerana turut menyokong tuntutan memorandum tersebut.

Sekian, terima kasih.

Adeysham Nor
Pengarah Komunikasi,
Pemuda AMANAH Negeri Melaka.
merangkap Ketua Pemuda AMANAH Jasin





Previous
Next Post »

Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon