
SHAH ALAM, 16 September. “Parti Amanah Negara atau AMANAH lahir sebagai tindak balas responsif dan kepedulian kepada pelbagai keresahan dan desakan rakyat akibat kemelut dan krisis yang menyelubungi negara seperti ketempangan urus tadbir ekonomi, kebejatan pengurusan kewangan dengan pelbagai skandal termasuk skandar besar 1MDB”, demikian tegas Presiden Parti Amanah Negera, Mohammad Sabu dalam pidatonya sempena Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC) di Seksyen 15 Shah Alam, pagi hari ini.
Dengan nada yang tegas terutama ketika mengkritik dasar ekonomi negara yang tidak seimbang,
Presiden AMANAH menyampaikan pidatonya dihadapan lebih 3000 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara dalam majlis tersebut. Suasana majlis pelancaran adalah begitu meriah dan gilang gemilang dengan mengemakan lagu Negaraku, Jalur Gemilang serta alunan bacaan al-Quran pada awal majlis.
Kemelut negara terkini tegas Mohamad Sabu adalah bagaimana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan menjadi penerima derma mega dalam sejarah dunia iaitu sebanyak RM2.67 bilion yang meletakkan negara sebagai tumpuan dunia kerana pelbagai salah laku pemimpin negara.
Menurut beliau lagi, kegagalan kerajaan mengurus khazanah kekayaan secara baik dan mapan, meletakkan hutang Kerajaan Persekutuan terus bertambah serta hutang dijamin kerajaan terus meningkat kerana sikap kerajaan yang menyembunyikan hutang dengan tabiat suka berbelanja di luar bajet. Ini telah menyebabkan negara kini hilang daya saing dan mengalai susut nilai mata wang secara mendadak sehingga menjadikan Malaysia bukan lagi destinasi pilihan pelabur.
“Fenomena aliran keluar dana secara berbondong-bondong telah menyebabkan simpanan antarabangsa terus mengecut sekaligus mengurangkan keupayaan Malaysia untuk menggunakan langkah fiskal bagi mengatasi kejutan global” hurai beliau mengenai krisis ekonomi yang melanda negara.
Dalam keadaan ekonomi seperti ini, rakyat pula terus dicekik kerana terpaksa membayar cukai GST yang ganas, regresif dan songsang kerana membebankan majoriti rakyat yang berpendapatan rendah.
Menurut Presiden AMANAH ini situasi ekonomi ini akan terus melebarkan jurang kaya-miskin di Malaysia seperti mana yang menghimpit golongan Bottom-40% (golongan bawah) dalam fenomena B-40.
Golongan Bottom-40% adalah kelompok miskin baru di negara ini yang jurang pendapatan mereka dengan golongan Middle-40% (golongan tengah) dijangka melebar dari RM3,125.00 sebulan pada tahun 2014 kepada RM4,820.00 sebulan pada tahun 2020.
“Lebih membimbangkan adalah jurang antara Bottom-40% dengan Top-20% (golongan atas) akan terus melebar dari RM11, 768.00 sebulan pada tahun 2014 kepada RM17, 250.00 sebulan pada tahun 2020. Keadaan ini akan menyebabkan keadilan sosial terjejas dan golongan yang berpendapatan rendah akan terus dihimpit dalam keadaan ekonomi yang terus melebarkan jurang tersebut”, tegas Mohamad Sabu lagi.
AMANAH LAHIR DARIPADA DESAKAN KEMELUT NEGARA
Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon