AWAN JASIN TERIMA ZIARAH AWAN MELAKA

24 Oktober | Angkatan Wanita AMANAH yang lebih dikenali sebagai AWAN kawasan Jasin telah menerima kunjungan dari kepimpinan AWAN Melaka.

Dalam pertemuan itu, AWAN Jasin telah berkongsi mengenai perancangan yang sedang mereka rencanakan untuk mengukuhkan pembentukan Jawatankuasa AWAN Jasin supaya ianya dapat menjadi sayap parti yang benar-benar berkesan dan kuat.

AWAN Jasin yang masih dalam proses akhir membentuk jawatankuasanya optimis akan dapat menggerakkan aktiviti-aktiviti yang telah mereka rancangkan seawal bulan November ini.

Antara aktiviti yang sedang diatur oleh AWAN Jasin adalah usrah mingguan, program hari keluarga AMANAH Jasin dan juga ziarah kebajikan.

  



Previous
Next Post »

Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon