SIDANG ANAK MUDA MELAKA 2015


TARIKH : 14 NOVEMBER 2015 HARI : SABTU TEMPAT : RESTORAN SUBAIDAH, MITC MELAKA ATURCARA MAJLIS 8.45 MALAM - KETIBAAN AHLI SIDANG 9.00 MALAM - SIDANG BERMULA 11.00 MALAM - SIDANG BERAKHIR 11.30 MALAM - KENYATAAN BERSAMA AHLI SIDANG


1) LATARBELAKANG PROGRAM Sidang Anak Muda Melaka (SAMM) adalah platform khas untuk NGO-NGO, parti-parti politik, persatuan-persatuan belia & mahasiswa serta individu-individu di negeri Melaka untuk bertemu & bersidang mengenai permasalahan, solusi, halatuju & harapan anak muda yang merangkumi bidang politik, sosial dan juga ekonomi anak muda negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya. Program ini adalah program bersama semua organisasi dan individu yang terlibat. Justeru itu, di akhir program Sidang ini, semua perwakilan yang hadir akan menandatangani satu resolusi bersama yang telah dipersetujui dan akan dinamakan sebagai Resolusi Hang Nadim. Nama Hang Nadim dipilih adalah kerana kita hendak memperingati dan mengembalikan semula tragedi pembunuhan Hang Nadim kerana kecerdikannya dalam hikayat Singapura dilanggar todak. Ianya juga akan menjadi simbolik kepada program sidang ini sebagai pentas untuk anak-anak muda mengeluarkan idea dan pendapat yang boleh dimanfaatkan untuk kemajuan negeri dan negara kita. Program sidang ini dicadang akan diadakan 4 kali setahun dan dicadangkan juga sebuah kongres tahunan yang dinamakan sebagai ‘Kongres Anak Muda Melaka’ dapat diadakan setahun sekali untuk menjenamakan program ini sebagai antara platform rasmi untuk semua anak Muda Melaka menyatakan pendirian mereka. 2) OBJEKTIF SIDANG ANAK MUDA MELAKA 2015 Mendapatkan pandangan & pendirian NGO anak muda Melaka mengenai halatuju, harapan & isu-isu semasa berkaitan politik, ekonomi dan sosial yang berkaitan dengan kehidupan anak muda di negeri Melaka khususnya dan juga di negara Malaysia amnya. 3) FORMAT SIDANG 1. Moderator sidang akan memulakan sidang dengan memperkenalkan semua perwakilan yang hadir ke Sidang Anak Muda Melaka serta menerangkan format sidang yang akan digunapakai. 2. Untuk pusingan pertama, setiap perwakilan akan diberikan masa 5 minit setiap seorang untuk mereka menyatakan pandangan dan juga pendirian NGO yang diwakilinya berhubung objektif sidang ini. 3. Moderator berhak untuk menamatkan hujah mana-mana perwakilan sekiranya masa yang telah diberikan itu sudah tamat untuk memastikan perjalanan sidang mengikut jadual yang telah ditetapkan. 4. Pencatit sidang akan mencatit dan memaparkan setiap pandangan dan pendirian tersebut di layar putih untuk memudahkan para perwakilan melihat butiran pandangan yang telah dinyatakan oleh para perwakilan. 5. Selesai pusingan pertama, kesemua perwakilan & pemerhati boleh mengambil bahagian untuk membahaskan kembali pandangan dan pendirian yang telah dikemukakan dalam pusingan pertama. (Masa 1 jam diberikan untuk pusingan kedua) 6. Selesai pusingan kedua, Moderator Sidang akan meminta semua perwakilan sidang untuk mengundi samada bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan hasil perbahasan Sidang mengenai isu yang telah dibincangkan. 7. Moderator Sidang akan membacakan “Kenyataan Bersama” yang telah dipersetujui oleh semua perwakilan untuk dihebahkan kepada pihak media. (Nota: Hanya pendirian yang telah dipersetujui oleh semua perwakilan sahaja yang akan dimasukkan dalam “Kenyataan Bersama”. Sekiranya, tiada pendirian bersama dapat dicapai, maka semua perwakilan Sidang berhak untuk menangguhkan hasil Sidang atau menyambung kembali perbincangan dalam Sidang akan datang.) ADEYSHAM NOR Pengarah, SIDANG ANAK MUDA MELAKA 2015

Untuk menyertai sidang ini, sila klik link di bawah ini : 


https://docs.google.com/forms/d/1ixRk_Q7BXK317TISWBXg0KzPa74X3i9BKUulwX8hJ0w/viewform?c=0&w=1
Previous
Next Post »

Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon