Kenyataan Akhbar
Apakah Peguam Negara akan membuat keputusan NFA sekali lagi?
1. Jaminan yang diberikan Timbalan Pengerusi SPRM, baru-baru ini, menyuntik sedikit keselesaan dan keyakinan di kalangan rakyat jelata.
2. Akhirnya laporan tentang siasatan ‘derma’ RM2.6bilion ke dalam akaun peribadi PM DS Najib Razak dan RM42juta oleh SRC International telah dihantar ke Peguam Negara (AG).
3. Laporan SRC dikatakan lengkap dan dibentangkan kepada panel bebas sebelum diserah kepada pihak AG. Ada perkara dokumentasi dan kenyataan-kenyataan tentang derma RM2.6bilion yang belum selesai melibatkan beberapa nstitusi kewangan antarabangsa.

4. Najib berjaya menunaikan janjinya untuk menyiapkan laporan 1MDB dalam masa 6 bulan Julai lalu. Namun keresahan dan kegelisahan terus wujud. Sebabnya? Justeru kerana laporan yang dikemukakan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 21 Ogos, 2015 berakhir dengan pihak Peguam Negara memutuskan ‘Tidak Ada Tindakan Lanjut’ atau ‘No-Further Action’ (NFA).
5. BNM kelihatan kecewa kerana jangkaan mereka ‘pelanggaran kepatuhan’ atau ‘compliance breaches’ 1MDB adalah sangat jelas.
6. Berikutnya BNM mengenakan hukuman penalti RM53.7juta ke atas AmBank. Namun apakah pelanggaran yang menyebabkan AmBank dihukum? Sayugia diingatkan akaun-akaun peribadi Najib adalah di AmBank Islamik.
7. Sebutan kesalahan melanggari peraturan Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seksyen 234 dan Seksyen 245 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, pernah buat oleh pihak BNM. Namun perihal 1MDB tidak dinyatakan.
8. Pelbagai kes yang terdahulu yang gagal disabitkan kesalahan, menjejaskan keyakinan rakyat dan pihak pelaburan tentang kredibiliti dan kewibawaan pihak judisiari termasuk PKFZ, NFC dan kini 1-MDB,. Kini umum menunggu dengan penuh debaran, cemas (anxiety) dan antisipasi.
9. Pakar-pakar perundangan telah mengingatkan bahawa maksud rasuah atau ‘gratification’ seperti termaktub dalam peruntukan Section 50 dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, 2009), adalah termasuk penerimaan pemberian dan derma.
10. Sementara itu, seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menetapkan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun.
11. Siapa yang memberikan derma atau berapa jumlah penderma terus menjadi tanda-tanya. Meskipun ada pihak yang mendakwa
derma itu bersumberkan 1-MDB, paling tidak kerana SRC itu juga dalah anak syarikat 1-MDB satu ketika dahulu, perkara itu masih kelam dan kabur.
12. Pokoknya Najib Razak mengakui bahawa sememang beliau menerima akan derma berjumlah RM2.6bilion itu ke dalam akaun peribadinya (di AmBank Islamik) sementara beliau sendiri pernah dirakamkan sebagai menyebutkan bahawa menerima derma ke dalam akaun sendiri adalah salah.
13. Meskipun Najib menafikan bahawa beliau tidak mengambil atau mendapat apa-apa menafaat dari derma itu, beliau telah mengakui bahawa dana itu adalah untuk perbelanjaan untuk keperluan jentera pilihanraya Umno-BN dalam PRU-13 lalu.
14. Tanpa mahu membuat apa-apa perbandingan dengan lebih mendalam, penulis mengingatkan semua pihak bahawa kes bersejarah atau ‘epic’, dalam legasi Umno yang melibatkan seorang Menteri Besar Negeri Selangor, Dato Haron Idris adalah juga melibatkan ‘skandal’ dengan Bank Rakyat, bersabitan penganjuran perlawanan tinju sedunia antara Mohammad Ali dan Joe Bugner. Meskipun jumlahnya adalah jauh lebih kecil, namun tujuannya adalah rahsia umum , yakni bagi kegunaan dan kepentingan partinya.
15. Pun begitu, adalah sangat ‘pelik dan ajaib’ seandainya, pihak Peguam Negara, sekali lagi mampu membuat keputusan NFA atau ‘No-Further Action’ dalam kes epik derma terpaling besar di atas muka bumi ini, yang dihadiah kepada seorang ketua negara.
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Strategi, Parti Amanah Negara
4 Januari, 2016.

Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon