PEMUDA AMANAH HARGAI KETERBUKAAN PAS

SHAH ALAM – Sikap keterbukaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak menghalang mana-mana pimpinan dan ahli parti Islam itu untuk menghadiri mana-mana jemputan dilihat sebagai satu langkah politik matang dan perlu dicontohi semua pihak. Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap sama perlu diikuti pemimpin kanan Pas yang lain agar lebih terbuka sama ada kepada kawan mahupun lawan politik parti itu. “Pemuda Amanah menghargai keterbukaan Datuk Tuan Ibrahim berhubung kehadiran Datuk Husam Musa dalam Majlis Makan Malam Amanah Kelantan, kelmarin. “Kami berharap agar tokoh-tokoh lain lebih terbuka dalam Pas seperti Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad terus diberi ruang untuk memimpin parti tersebut,” katanya kepada Sinar Online, hari ini. 

 Beliau mengulas kenyataan Tuan Ibrahim semalam bahawa Pas tidak dihalang semua ahlinya menghadiri mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti. Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, ahli-ahli Pas perlu memastikan majlis yang dihadiri itu boleh membawa kebaikan kepada parti. Dalam pada itu, Shazni Munir juga berkata, Pemuda Amanah tidak menolak untuk mengadakan pertemuan empat mata susulan keterbukaan yang ditunjukkan Timbalan Presiden Pas itu. “Dalam kerangka politik baru bertunjangkan idea dan khidmat, Pemuda Amanah tidak menolak untuk bertemu dan berbincang dengan Datuk Tuan Ibrahim jika ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya lagi. 


 Terdahulu, Husam yang juga Adun Salor di Kelantan berucap pada majlis itu berkata kehadirannya ke majlis itu adalah selaras dengan ketetapan parti yang mengizinkan anhlinya untuk hadir ke mana-mana majlis parti lain. Tindakan Husam itu mendapat perhatian pemimpin kanan Pas itu sambil berkata Pas akan menilai setiap jemputan yang diterima, dan perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat dalaman parti ia boleh dihadiri oleh mana-mana ahli parti Islam itu. Selain itu, kata Tuan Ibrahim lagi, ahli Pas turut bertanggungjawab mempertahankan parti daripada segala tohmahan buruk pihak luar terhadap parti itu.
Previous
Next Post »

Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon