KENYATAAN MEDIA
AMANAH DALAM PROSES TERBIT AKHBAR SENDIRI
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan sebarang kaitan dengan kewujudan sebuah akhbar dengan nama "Harapan Baru" yang sedang tersebar di laman sosial dan melalui aplikasi Whatsapp ketika ini yang menggunakan logo parti.
2. Ia bukan dikeluarkan oleh AMANAH dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang timbul dari penerbitan akhbar tersebut.
3. Suka untuk dimaklumkan bahawa AMANAH kini sedang berusaha ke arah menerbitkan akhbarnya sendiri dan berada di fasa akhir menyiapkan segala dokumen diperlukan untuk dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon permit penerbitan.
4. Bagaimanapun AMANAH tetap menghargai sebarang usaha daripada ahli, penyokong atau mana-mana pihak yang bersemangat untuk mempromosikan parti yang baru berusia hampir lima bulan ini.
5. Jika akhbar seperti yang gambarnya sedang tersebar itu benar-benar wujud, AMANAH mempelawa pihak terbabit untuk datang berbincang langkah-langkah yang boleh diambil ke arah mempromosikan AMANAH secara strategik dan mengikut saluran yang betul.
6. AMANAH ingin menyatakan komitmen bahawa penerbitan akhbar rasmi parti akan dibuat mengikut prosedur dan proses undang-undang yang telah ditetapkan.
7. Sehubungan itu, AMANAH menasihatkan semua pihak bersabar dan menunggu akhbar rasmi yang akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi selepas permit penerbitan diluluskan oleh KDN.
"Harapan Baru"
HJ MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha
Parti Amanah Negara
6 Januari 2016
Pihak AMANAH Jasin tidak akan bertanggungjawab dengan semua komentar yang telah diberikan oleh pengunjung laman ini. ConversionConversion EmoticonEmoticon